KLIK KLIK

heartbeat.my

Khamis, 29 Disember 2011

PERSIAPAN MAJLIS PERKAHWINAN ADIK HUBBY

Salam semua.. akhirnya sya kembali semula ke dalam dunia blog. heheh.. setelah melalui hari yang meletihkan fizikal dan mental kini tibalah masa untuk dunia maya pula. hari minggu yang lepas sya ada majlis kenduri kahwin adik hubby (adik iparku), jadi kenalah tolong kan. sejak hari Khamis hingga Isnin memang berpeluh sya dibuatnya. biasalah kan, kenduri memang banyak kerja nak buat. belah kelapa, angkat tong gas dan macam-macam lagi lah. part yang paling letih bila nak basuh semua pinggan magkuk, periuk belanga semua.. tu semua antara kerja2 yg my hubby buat, kerja sya plak kejar puteri, packing kuih muih & bunga telur, kemas umah & mkn2.
Memang penat kalau buat kenduri ni, nak lagi kalau kenduri kahwin. tapi bagi sya kalau kenduri kat kampung seronok sebab ada gotong-royong bila waktu memasak tu, sambil memasak boleh lah mengeratkan siratulrahim bersama kaum keluarga yang jarang berjumpa. kalau kat bandar mana ada jumpa macam ni sebab kebanyakkan nya pakai katering, kadang-kadang tak sedap pun. hahah.. 
Hari Khamis Busssyyyy ... sesangat .. sampai makan pun tak de masa ... haha ... kunun nyer ler kan .. pagi2 lg myhubby ke Bkt Kayu Hitam beli nanas sampai 100++ biji, penuh Alza kami tu dgn nanas, ptg plak sya ikut hubby beli brg2 kering utk majlis kenduri tu nanti, malam plak sibuk packing kuih utk tetamu nanti, nasib baik jiran2 MIL datang tolong,...
Hari Jumaat pagi2 lg dah ramai jiran2 dtg rumah MIL utk gotong royong dirikan Khemah & pindahkan pinggan mangkuk utk majlis hari Ahad nanti
Biasa klau dah buat kerja, mestilahh ada mkn2
Bila mlm sibuk packing kuih & gula2 dlm plastik & kotak2 comei utk tatamu nanti
Selesai packing barang, tiba masa utk berimai plak, sb esk Sabtu majlis di sebelah pengantin perempuan
Rasanya masa nie dah pukul 1.00 pg, sya ngan adik perempuan hubby try letak inai kat jari puteri time dia tengah nyenyak tidoq... letak kejap jer sb tak nak bagi jd merah sgt nanti
Hari Sabtu, pagi2 lg jiran2 dah dtg utk tolong buat persiapan kenduri esk, ada yg tolong potong bawang, ada yg tolong potong nanas dll.
Kat dlm umah kita org sibuk dgn barang hantaran plak sb kejap lg nak ke rumah pengantin perempuan... (cerita majlis kenduri sya buat next entry)
11 dulang hantaran dari pihak lelaki
Ptg balik jer dari majlis kenduri di sebelah pengantin perempuan dah ada kerja yg dok menanti.. hu hu hu
Tolong MIL rebus telur, utk packing telur kat bunga telur plak.sampai ke mlm sya dok membungkus makanan ringan  untuk diberikan kepada tetamu yang datang esok hari. Nasib baik ramai yg membantu..
nasib baik puteri tak byk ragam sgt time sya sibuk2 nie,
Tq syggggg, sb pandai bawa diri....
Tgk dari ptg sampai ke mlm, kerja2 membungkus nie tak selesai2 jugak,
 
Bila dah selesai kenduri tu, badan terasa letih betul. macam nak tidur seminggu pun ada. nasib la kenduri ni tak buat tiap-tiap bulan kan, kalau tak mau pengsan nanti..

Tiada ulasan:

klik2