KLIK KLIK

heartbeat.my

Khamis, 6 September 2012

SELAMAT HARI LAHIR KE 4 PUTERIKU 06-09-2012


Tanggal 6 September, 2008 hari kelahirannya. Masih terbayang pipi merah serta mata hitam penuh saat menatap wajahnya buat kali pertama di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar suatu masa dulu. Bayi yang sekecil itu kini kian membesar, alhamdulillah... PUTERI ERYNA BATRISYA menjadi  rezeki, penawar suka duka hidup mama & abah. 

Selamat Hari Lahir yang ke empat buat anakanda. Mama & abah doakan segala kebaikan buat anakanda di dunia dan akhirat. Semoga sihat walafiat, dipanjangkan usia, dilimpahkan rezeki, dikurniakan kebijaksanaan, menyayangi mama & abah serta patuh perintah agama. Semoga dirimu selalu di dalam perlindungan Yang Esa, amin...

note: hari nie mama & abah buat majlis b.day puteri kat tadika... semoga semuanya berjln lancar.

1 ulasan:

suwara entertainment berkata...

happy belated birthday puteri!
semoga menjadi anak yg solehah dan berguna buat mama & abah ye.
jgn nakal2 tau sbb dh jadi kakak. yeay!!! (next year bole celeb besday sekali ngan adik dia la kan. hehe)

klik2